“2 Kali Keguguran, Bermulalah Proses Berpantang Kali Ini Tanpa Baby” – Ini Luahan Sayu Raja Farah Buat Netizen Sebak

“2 Kali Keguguran, Bermulalah Proses Berpantang Kali Ini Tanpa Baby” – Ini Luahan Sayu Raja Farah Buat Netizen Sebak

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Raja Farah, mengakui sedia mengambil ‘cuti’ berniaga jika dikurniakan rezeki untuk hamil lagi selepas dua kali keguguran.

Katanya, selepas keguguran beberapa hari menjelang sambutan Aidilfitri tahun lalu, dia mengandung semula, tetapi reda apabila disahkan keguguran, dua bulan lalu.

“Memang sedih sebab saya dan suami sudah bersedia untuk menambah ahli keluarga, namun nampaknya belum ada rezeki kami kerana hingga kini saya sudah dua kali keguguran.

“Doktor maklumkan, rahim saya agak lemah, sekali gus menjadi punca keguguran berkenaan. Apatah lagi sepanjang tempoh awal kehamilan, saya sangat aktif mengusahakan perniagaan kek kami,” katanya kepada BH Online.

Pengacara CJ Wow Shop ini berkata, dia sendiri tidak tahu dirinya berbadan dua ketika mengalami keguguran kali kedua.

“Sebenarnya, saya sendiri tidak tahu sudah ‘berisi’ kerana tiada tanda-tanda mengandung. Jadi, saya aktif macam biasa, termasuk ke sana-sini menghantar tempahan.

“Andai ditakdirkan selepas ini saya dikurniakan lagi rezeki (hamil), saya akan ikut nasihat doktor untuk berehat seketika. Paling tidak, untuk trimester pertama,” kata ibu kepada Imran Iskandar, 17 bulan.

Raja Farah Keguguran Kali Kedua Berturut-Turut

Pemilik nama sebenar Raja Farah Raja Aziz, 30, ini mendirikan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Iskandar Ismail, pada 6 September 2015.

Pada masa sama, bintang filem Haq itu memaklumkan turut merindui untuk kembali berlakon tetapi rela berkorban demi menjaga keluarga, terutama suami dan permata hatinya.

Pelakon Raja Farah mendedahkan dia mengalami keguguran kali kedua selang beberapa bulan selepas gugur kali pertama tahun lalu.

Keguguran pertama berlaku tiga hari menjelang sambutan Syawal tahun lalu manakala keguguran kali kedua berlalu dua bulan lepas.

Image result for raja farah kehuhuran

“Selepas melahirkan Imran, saya pernah keguguran sekitar bulan Julai lalu, dua bulan lepas saya keguguran lagi sekali.

“Saya tidak tahu pun saya mengandung namun apabila keguguran kali sekali saya rasa sangat sedih memandangkan suami saya mahukan anak cepat memandangkan jarak usia kami yang jauh.

“Ketika keguguran kali kedua, usia kandungan saya memasuki lapan minggu dan saya syak ia berlaku kerana saya terlalu aktif dengan bisnes.

“Saya sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan, Terengganu, Kedah dan Melaka sampaikan saya demam dan mengalami pendarahan.

Image result for raja farah kehuhuran

“Apabila mendapat tahu, rupa-rupanya saya sudah keguguran,” katanya kepada Astro Gempak ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Raja Farah, 29, bagaimanapun melihat ujian yang menimpanya satu hikmah bagi dirinya dan suami, Iskandar Ismail.

“Mungkin Allah mahu memberikan Imran lebih banyak masa untuk bermanja dengan kami dan dia belum bersedia untuk mendapat adik. Saya pegang perkara yang berlaku ada hikmahnya,” tambahnya.

Raja Farah dan Iskandar berkahwin pada 6 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Imran, 2 tahun.

sumber:http://bukubiru.site/2-kali-keguguran-bermulalah-proses-berpantang-kali-ini-tanpa-baby-ini-luahan-sayu-raja-farah-buat-netizen-sebak/

error: Content is protected !!