10 Seluar Jeans Paling Mahal di Dunia…Ingatkan Levi’s paling Mahal..Rupanya Ada Lagi Yg Triple harga Levi’s

10 Seluar Jeans Paling Mahal di Dunia…Ingatkan Levi’s paling Mahal..Rupanya Ada Lagi Yg Triple harga Levi’s

Seluar jeans memang menarik jika dipakai kena dengan potongannya. Ada yang murah, ada yang mahal, ada yang juga yang harganya tak masuk akal bergantung kepada jenama, kualiti, pembuatannya atau mungkin juga sengaja dimahalkan tanpa apa-apa sebab.

Adakah anda peminat seluar jeans? Berikut adalah 10 seluar jeans paling mahal setakat ini yang pernah dijual kepada pengguna.

10. 7 for All Mankind (RM1253)

7 for all mankind the skinny frayed hem jeans button

Berpusat di California, syarikat ini mula menjual produk lelaki sebelum menceburi bidang pakaian wanita dan kanak-kanak. Taktik mereka memang sejak awal adalah menjual produk pada harga yang tinggi, kerana mereka percaya kualiti kainnya, potongannya dan yang paling penting, keyakinan orang ramai terhadap jenamanya.

9. Earnest Sewn Custom Fit (RM4200)

1496455855614

Digemari oleh selebriti-selebriti luar, jenama ini akan membuat seluar mengikut pilihan pembeli. Apa saja yang diminta oleh pembeli akan dipenuhi dan bagi setiap pasang seluar, hanya ada 3 orang saja yang akan terlibat dengan pembuatannya di New York.

8. Roberto Cavalli (RM5050)

m 54bd61d0018efa2fb71ed625

Berasal dari Itali, pembuat pakaian ini terkenal sebagai pembuat pakaian mewah bagi wanita. Jeans pertama beliau diperkenalkan pada tahun 1994 di Milan dan menjadi seluar jeans paling mahal di dunia waktu itu. Rekaannya berbeza dengan seluar jeans biasa apabila banyak diadunkan elemen lain ke dalam rekaan asal seluar jeans.

7. Dolce Gabbana (RM5100)

dolce gabbana men jeans love milano thumb 600x800 14758

Jenama ini popular di Malaysia walaupun tidak ramai yang mampu memilikinya. Amat mudah untuk kita melihat wanita membawa tas tangan berjenama Dolce & Gabbana merata-rata yang tidak diketahui ketulenannya. Jeans paling mahal dalam siri jeans mereka mampu mencecah RM5100 sehelai.

6. Gucci (RM13035)

2eaccc57b22ae29eb6db6dbd4c0ee09e vintage jeans denim style

Jenama terkenal ini menjadi idaman ramai di seluruh dunia. Direka dengan ketelitian yang tinggi serta mampu menonjolkan status pemakaianya, seluar jeans paling mahal Gucci telah dijual pada harga RM13035.00.

5. Apo Jeans (RM16821)

bff4517e6b58c2e36b7e8a701eee23e1

Dibuat berdasarkan permintaan pelanggan, semua fabrik yang membentuk poket dalam jeans Apo dibuat dengan kain sutera. Butang jeans nya diperbuat daripada intan dan emas serta platinum juga turut digunakan. Nama pemilik seluar tersebut akan dicetak pada bahagian dalam seluar dan dikatakan, pemakainya akan merasa sangat selesa dengan seluar mereka.

4. Escada (RM42000)

large bbcd6c8f5767462ba55a6c54cd7996a9

Jenama dari Jerman ini memang mensasarkan produk untuk kemewahan. Setiap pelanggan diberikan peluang untuk memberikan idea tentang apa yang mereka mahukan daripada jeans mereka dari segi potongan dan rekaan. Setakat ini, harga paling tinggi bagi jenama Escada telah mencecah RM42,000 sehelai.

3. Levi’s Strauss 501 (RM252,300)

how to date levis 501 jeans 759x375

Sehelai jeans klasik yang dibuat pada sekitar 1880 dengan jenama Levi’s telah pun dijual pada harga RM252,300 kepada pembeli bertuah dalam satu acara lelongan.

2. Dussault Apparel Thrashed Denim (RM1,051,250)

apparel thrashed denim jeans 2013

Dussault Apparel Thrashed Denim merupakan satu jenama yang menyiapkan jeans mengikut spesifikasi pelanggan. Satu jeansnya yang diberi nama ‘The Whites’ telah pun dijual pada harga RM1,051,250 pada tahun 2008 menjadikan seluar itu jeans paling mahal dunia ketika itu. Setiap helai jeans mereka diwarnakan dengan tangan dan dibasuh 13 kali untuk menghasilkan rupa yang unik.

1. Secret Circus (RM5,321,570)

top 10 most expensive jeans in the world 2017 7 secret circus

Jeans ini hanya dibuat sehelai dan pada poket belakangnya diletakkan 15 bentuk intan yang mempunyai harga jutaan ringgit. Jeans ini hanya pernah dipamerkan sekali pada London Fashion Week 2008 sebelum dijual kepada pemilik barunya. Identiti pemiliknya dirahsiakan sehingga sekarang. Tidak ada siapa tahu siapa pemilik jeans bersaiz 27 inci ini kecuali Secret CIrcus.

Sumber:iluminasi

error: Content is protected !!